Tak Rasa Raya Kalau...
saya tak main bunga api! Hahaahaa!

Ekor mercun roket...
Main bunga api tu nikmat. Tengok percikan api tu buat hati rasa riang. Time raya je pon bole main. Waktu lain, tak sesuai. Mesti orang tengok pelik.

Bunga api lawa macam sambutan merdeka.
Lagi satu, saya tak rasa raya juga kalau tak tengok orang main mercun. *grin* Saya takut nak main mercun. Jadi saya mampu nengok je. Lepas tu sambil jerit... "Wow!" - "Pergh!" - "Ehh?" - "Aaa!!" Memang fanatik betul!
Seperti berada di konsert Ambang Merdeka la pulak!
Saya tahu benda-benda ini diharamkan kerajaan. Ini gara-gara budak-budak yang main sampai tercedera, hilang tangan, buta dan sebagainya. Ada jugak yang tak suka sebab bising, dan kononnya mengganggu ketenteraman awam. Tapi, raya tu kan setahun sekali je.
Mercun gantung, selalu pakai waktu Tahun Baru Cina.
Sepupu saya cakap, pernah polis ronda lalu waktu dia sedang bermain mercun. Dah agak cuak. Tapi abang polis sambil berlalu dengan motosikalnya cuma tegur, "Adik, hati-hati ye main tu!" Haha. Sangat cool brother polis tu!
30 kali bakar mercun satu malam, 30 kali la berlari..
Bole kurus la kau, dik! Hehe..
Dulu-dulu takde pon kes-kes cedera ni. Family saya - sepupu sepapat dari kecil lagi dah mecebur dalam bidang ni. Tapi alhamdulillah, semuanya sehat walafiat sampai sekarang. Kami main, diawasi ibu bapa atau pakcik makcik. Itu satu. Sepupu, anak buah dan adik saya main mercun tak baling pada orang, bukan pada sesiapa. Yang main baling pada orang tu yang jadi masalah. Nak main mercun atau nak letupkan orang?

Yours truly sedang cuba untuk spread the love. Tak tahulah pada siapa.
Kami takdak modified mercun. Dapat rupa camtu, camtulah kami main. Kami pon takdak nak cipta apa-apa meriam buluh atau paip nak tembak rumah orang. Budak-budak sekarang ni banyak akalnya. Dah beli mercun, modified pulak. Walhal, ilmu tu cetek je. Beli karbait campur benda lain. Haish. Bijak la sangat!
Sesuai untuk budak-budak.
Dan sekali lagi berlari...
Tapi nak main mercun ni, kenelah tengok umur jugak. Mercun hardcore kasi yang remaja je main. Tak kan umur 5 tahun dah kasi main mercun roket. Haishh. Kalau 5 tahun, main bunga api dengan mercun pop pop sudahlah. Meletup juga.
Mercun lebah.

Sepupu sedang spread the news.
News bahawa duit dia dah kosong sebab beli mercun. Hehe.
Dah membebel panjang pula saya ni. Layan la dua video terakhir ni khas buat anda, peminat bunga api yang juga penonton setia fan mercun bermain mercun seperti saya! Zaast...
Ala-ala konsert final AF pulak. Muahaha...
Tengok video ni ada teringat satu drama kat TV3 tak?
♥♥♥♥♥♥♥♥♥
First Commentator
First Commentator
♥♥♥♥♥♥♥♥♥










0 hearts :
Post a Comment